CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Saturday 19 November 2011

MAAFKAN SAYA


                Assalamualaikum. Awak apa khabar dekat sana? Saya dekat sini rindu sangat dekat awk. Awak, tiba-tiba pula saya rasa nak cerita balik apa yang kita dah lalui dulu. Kita selalu bersama. Waktu awak tak ada duit, saya belanja awak. Waktu saya tak ada duit, awak pula belanja saya. Saya rindu sangat waktu tu. Hehe.

                Bosan apabila awak tak ada dekat dengan saya. Saya rasa macam nak nangis pun ada. Awak, awak ingat lagi tak masa kita sama-sama pergi kilang coklat. Ala, yang ikut rombongan persatuan tu. Best kan. Tapi, waktu tu awak sakit kan. Kesian kat awak. Haa! Saya ingat lagi waktu tu awak nak saya belanja awak coklat. Tapi saya kata yang saya tak ada duit, jadi tak boleh belanja awak. Rupa-rupanya awak bergurau je nak minta coklat tu, malah awak yg bg coklat kat saya. Hehe, seronoknya.

                Pada bulan tujuh dan bulan-bulan seterusnya awak selalu tak datang sekolah. Apabila saya tanya ‘kenapa’, awak senyum je. Hehe. Tak pernah bagitahu saya kenapa awak selalu tak datang sekolah. Tapi takpelah, takkan saya nak paksa awak kan.

                Saya baru teringat yang awak pernah minta tolong saya ajar Bahasa Arab, tapi saya kata nantilah kita belajar, saya nak baca novel sekejap. Sampai habis waktu sekolah pun saya tetap ta ajar awak lagi. Akhirnya awak cakap, takpelah lain kali kita belajar. Saya pun ok jelah.

                Bulan 10, awak dah macam taknak kawan dengan saya. Saya ‘message’, awak tak balas. Saya ‘call’ awak, awak tak angkat. Saya tegur awak dekat sekolah, awak tak layan. Saya tanya, apa saya dah buat pada awak. Awak kata, saya tak ada buat apa-apa yang menyakitkan hati awak. Cuma awak kata yang awak nak tenangkan diri. Hmm, saya pun tak adalah nak kacau awak, takut awak marah.

                Lepas 2 minggu, hari tu hari Sabtu, saya nak pergi rumah awak. Saya dah tekad, yang saya takkan biar awak halang saya untuk jumpa awak lagi. Saya dah lama tak jumpa awak, jadi saya nak ulang kaji dengan awak hari Sabtu tu.

                Apabila saya tiba dekat rumah awak, saya tengok abang awak ada dekat halaman tengah berjalan ke hulu ke hilir. Saya pun tanya, mana awak. Lepas tu dia diam. Saya pun lagilah pelik. Kemudian, dia bawa saya masuk rumah awak. Saya tengok ramai orang dan saya yakin yang semua orang yang ada dekat situ, keluarga awak. Yang peliknya, ramai menangis. Saya nak Tanya, seganlah pulak. Takut saya ni pergi rumah awak dan mengganggu keluarga besar awak tu.

                Apabila saya ke ruang hadapan, saya tengok ada seseorang yang baring di tengah-tengah orag ramai. Saya terkejut kerana ada salah seorang keluarga awak meninggal dunia pada hari itu. Saya pun duduk sebelah jenazah tu, hati saya rasa nak tahu sangat, mana awak dan siapa yang meninggal tu. Yelah, saya tak nampak awak pun dekat rumah tu. Saya pelik lah. Tapi saya biarkan dulu pertanyaan saya tu.

                Saya ternampak adik awak lalu. Saya pun panggil adik awak dan saya Tanya mana awak. Tak nampak pun. Tiba-tiba adik awak nangis dan masuk ke bilik. Hmm, saya fikir mungkin tak elok untuk tanya mana awak pada waktu-waktu sekarang. Lepas tu mak awak datang, saya pun bersalaman dengan mak awak, kemudian mak awak terus peluk saya dengan kuat. Saya kata sabar makcik, insyaAllah dia pergi dengan tenang. Lepas tu mak awak lepaskan pelukan dan duduk di sebelah saya. Mak awak kata pada saya, jenazah yang meninggal tu anak yang sangat baik. Saya pun mengangguk dan terus bertanya pada mak awak, maknanya yang meninggal ni anak makcik? Waktu tu saya dah mula rasa tak sedap hati. Mak awak kata saya ni tak tengok lgi lah ni rupa jenazah. Saya pun anggukkan kepala. Apabila mak awak buka je kain yang tutup kepala jenazah tu, saya terpana dan tak berkata apa-apa. Saya hanya merenung dan terus merenung pada jenazah tu.

                Air mata saya mengalir deras sambil memandang pada jenazah. Saya tak sangka, macam mana benda ni terjadi. Kenapa saya tak tahu? Patutla selama ini awak tak layan saya, awak tak ‘reply’ mesej saya dan awak tak angkat kalau saya ‘call’. Rupanya awak nak pergi tinggalkan saya dan awak nak saya boleh terima dengan pemergian awak. Saya rasa sedih sangat, sebab saya tak perasan apa yang terjadi pada awak. Saya terus peluk awak, saya tanya kenapa awak tinggalkan saya, saya jahat sebab saya tak hargai waktu awak ada bersama dengan saya. Saya marah dengan diri saya sendiri.

                Lepas selesai kebumikan awak, mak awak bagi saya sepucuk surat daripada awak. Masa yang tertulis pada surat tu ialah pada jam 12.42 a.m pada tarikh 25 haribulan iaitu pada pagi tadi. Saya baca surat awak di hadapan mak awak dan adik awak. Surat awak bertulis begini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum sayangku...

Pertama sekali saya ingin memohon maaf pada awak kerana buat awak macam ni. Saya Cuma taknak awak sedih waktu saya takda nanti. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada awak kerana sudi jadi sahabat baik saya dan sudi dengar segala luahan hati saya dan mengambil berat apa yang terjadi pada saya. Saya terpaksa merahsiakan perkara ini (penyakit yang saya alami). Sebenarnya saya ada penyakit barah otak. Maaf sekali lagi tau.
Kedua, saya nak awak tolong jangan menangis atas pemergian saya. Saya taknak awak sedih, saya cuma harapkan yang awak doakan saya supaya tenang di sana. Saya mohon pada awak. sampaikan salam (selamat tinggal) saya kepada sahabat2 yang lain, guru2 dan seterusnya kepada keluarga awak. Minta halalkan segala makanan, minuman, ilmu dan doa yang diberi kepada saya.
Ketiga, saya nak awak janji dengan saya yang awak akan jadi seorang muslimah, mukminah dan muslihah. Taat pada perintah Allah dan Rasul serta ibubapa awak. buat ibubapa awak bangga dengan awak. Lagi satu, jangan rasa putus asa dan mengalah dengan apa yang awak buat (kalau saya tak ada, Allah ada dengan awak). Jaga ikhtilat, jaga hati semua orang. Sebab lepas awak baca surat ni saya dah takda dah pun dengan awak. Saya dah ta ada kat dunia ni dah. insyaAllah, saya sayang sangat2 pada awak. Jangan lupakan saya tau. Oklah, saya pergi dulu ea (saya pergi selamanya). Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-00.42 a.m @ 25/10/11-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                Sesudah saya baca surat awak, saya terus peluk mak awak sambil menangis tanpa henti dan saya kembali semula ke kubur awak. Saya sayangkan awak sangat-sangat dan saya rindu awak. Saya tahu awak seorang muslimah sejati, insyaAllah. Terima kasih Allah, kerana pertemukan aku dan dia serta memisahkan kami dengan kematian yang pasti. Bertemu dan berpisah kami hanya untuk-Mu, Ya Allah.


4 comments:

  1. salam mujahadah.. macam kenal jalan ceritanya.. tapi apa2 pn tetap meruntun jiwa.. teruskan ye sayangku..

    ReplyDelete
  2. wassalam....ye,,memang sangat2 special dan khusus buat orang2 tertentu,,tp jalan ceritanya berubah sikit...syukran my dear

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....salam jumaat...terharu sgt...

    ReplyDelete