CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Friday 30 December 2011

TIADA CINTA SEBELUM KAHWIN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


CINTA HANYA UNTUK SUAMI, TAKKAN KU KONGSI

cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru itu, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan? Bimbang ia jadi tawar dan hambar? Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah hadis: 
     " Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya sehingga kematian datang menjemputnya, maka
      dia adalah seorang yang syahid"
(Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain).

Aku nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri takkan sekali-kali ku serahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cintaku kudus terpelihara hanya untuk insan bernama suami. Ini tekadku.

Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu. Saranan doa ajaran Rasulullah SAW ku abadikan dalam sujudku: 
" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertakwa."

BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN
  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
Nauzubillah! 

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA
  • Tegas dengan prinsip diri.
  • Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
  • Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
  • Mengekang hawa nafsu.
  • Mendekati majlis ilmu.
  • Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah
  • Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.
TIADA RAHSIA UNTUKKU TERUS GAGAH BERDIRI,
MENEPIS DUGAAN CINTA LELAKI,
MELAINKAN PADA SEBUAH PRINSIP YANG MERANTAI DIRI

Monday 26 December 2011

UBAT DOA & PENYEMBUHAN BERSAMA USTAZ SHARHAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ustaz Sharhan merupakan penceramah dan seorang pengamal perubatan Islam. Jika sakit, semua orang cari doktor kan..Tapi yang lebih baik adalah usaha kita, di samping berjumpa doktor , sampingkan juga dengan amalan2 serta ayat2 dari al Quran kerana Al-Quran itu sendiri Syifa (Penawar).


****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI****


1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca  start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
Ataupun  Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..


Sebenarnya byk lagi doa2 yang boleh kita amalkan, tp sebab terlalu byk ustaz tu pun tak sempat nak bagitau semua..utk itu dia dah tulis semuanya dalam bukunya bertajuk UBAT DOA DAN PENYEMBUHAN by Ustaz Sharhan Safiee.



insyaAllah..berkesan kerana semua yang digunakan untuk perubatan ini,berkaitan dengan ayat al-quran..

Sunday 25 December 2011

KASIHNYA ALLAH KEPADA WANITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita  selain daripada agama ISLAM.

Allah SWT sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah SWT kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan bukan untuk menyusahkan mereka. Mari kita lihat pengiktirafan yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.


GELARAN 'ISTERI' DI DALAM AL-QURAN   

Perkataan yang Allah SWT gunakan untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah, di dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah 'husband' manakala perkataan untuk isteri pula ialah 'wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah 'mari' manakala perkataan 'femme' untuk isteri. 

Tetapi di dalam Al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza iaitu 'zaujuh' dan 'zaujat'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu 'zaujuh' yang bermakna 'PASANGAN'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita.
PEMBELAAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA

Di dalam hadis Rasulullah SAW banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam islam. Antaranya:

1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan 'di bawah telapak kaki' dan bukan 'di dalam tangan' atau 'di sisi seorang ibu'? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya.

2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.

3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.

4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai


BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu RAHIM. Perkataan ini diambil daripada nama Allah SWT yang bermaksud 'Maha Penyayang'. Sudah tentulah Allah SWT tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi_Nya. Sudah tentu Allah SWT akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah SWT tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah wanita menjaga ciptaan Allah SWT dan memberi makan kepada apa yang Allah SWT telah ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa malu kepada Allah SWT kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah SWT


Sunday 18 December 2011

KHAS UNTUK IBU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
~~~~~~~~~~
Ibu, 
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan 

Saturday 17 December 2011

SAHABAT, MAAFKAN KHILAFKU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


sahabat,
dengarkanlah luahan hatiku,
yang ku coretkan khas buatmu
agar kau kembali menerimaku

sahabat,
hatiku sedih dan sayu
di kala melihat kelakuanmu
yang menyisihkanku


sahabat,
aku mengerti bahawa ia khilafku
aku kesal atas apa yang berlaku
maaf kerana melukaimu

sahabat,
kembalilah padaku
seperti waktu dahulu
di saat kau bersamaku
sungguh aku merinduimu


Ya Allah,
tunjukkan ku jalan
agar bisa terjalin semula persahabatan
terbina di atas dasar kejujuran
dan jua keikhlasan

Ya Allah,
jauhkan kami dari berprasangka
dan pelihara ukhuwah kami berdua
agar sentiasa bersama
kekal hingga ke syurga
*insyaAllah

~~~~~~~~~~
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
 Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 

Wednesday 14 December 2011

MENDAMBAKAN SEORANG PUTERI


Salahkah ku mendambakan seorang puteri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...



Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..

SANDARAN CINTA ILAHI


Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian



Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa
Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya
Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya


Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa
Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa, hanyalah bahagia

NILAI SEBUAH CINTA


andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulagi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi

HANYA MENJADI DIRIKU


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

MASIH ADA WAKTU UNTUK KITA



Sahabat..
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih



Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni


Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi
  
*Sahabat, pimpinlah tanganku 
 jika aku terjerumus ke lembah kehancuran
 aku berharap kau menjadi sahabat aku
 selama-selamanya dan diredhai-Nya

Friday 9 December 2011

APABILA MAUT MENGUNDANG



Betapa jijiknya bila ku kenang,
Pelajar sepertiku tunduk pada debu putih itu,
Bergelimpangan di lorong-lorong sepi,
Sambil menguntum senyuman,
Pada yang menghina, mengeji, dan mencaci,


Ya Tuhanku,
Betapa seksa ku rasakan,
Menanti tali maut menjerut leherku,
Tapi ku tahu azabnya tidak terbanding,
Apabila api neraka jahannam,
Melihat tubuhku,
Di dalam baqa’ kelak,


Ibu,
Halalkan setitis air susumu,
Yang telah banyak mengalir dalam jasadku,
Maafkan anakmu ini kerana tidak sempat,
Membalas pengorbananmu melahirkan aku ke dunia ini,
Ampunilah dosa-dosa ku,
Walau ku tahu ku tak layak memasuki syurga idaman,


Esok,
Selepas fajar siddiq melabuhkan tirainya,
Akan terpisahlah jasad dan tubuhku,
Aku kan pergi buat selamanya,
Bersama kekesalan ini,


Ya Allah,
Izinkan aku sujud dengan penuh kekesalan padamu,
Kaulah Tuhanku,
Kaulah maha pengasih,
Kaulah maha penyayang,
Dan kau jualah maha pengampun,
Terimalah taubat hambamu ini.


Hasil nukilan:
 srikandirabiatuladawiyah

Thursday 24 November 2011

CORETAN DARI TULANG RUSUK KIRIMU

 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

                Saya tidak faham kenapa perasaan ini muncul dalam diri saya. Saya juga tidak mengerti kenapa ia utuh bersemadi dalam hati saya. Malam yang sunyi ini, entah angina pa yang membuai malam ini, membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali.

                Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Ia menuntut sesuatu yang saya perlu jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak. Itulah hati dan cinta saya.

                Semenjak kecil, saya dididik supaya menjaga maruah diri, kerana Allah meletakkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, awak sudah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi.

                Sepanjang umur saya ini, saya menutup pintu hati ini daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi memahami mereka, kerana saya tidak mahu mengenali dan memahami lelaki lain selain diri awak.

                Kerana itulah saya sedaya upaya membatasi pergaulan saya dengan bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar, kerana ustazah pernah berpesan, rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya bersangka buruk kepada mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga

                Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, saya akan buat expressionless face dan cool. Saya akan palingkan wajah daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya. Saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana pesan Saiyidatina ‘Aisyah R.A, “ sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang,” saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata awak. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang. Saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki, bahkan saya berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

                Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan. Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbangan saya pada manusia selama hidup di muka bumi?

                Jika saya tidak mahu awak memandang perempuan lain, saya terlebih dahulu yang perlu menundukkan pandangan saya. Saya perlu memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya, kerana itulah yang dituntut Allah. Jika saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.
                Saya tidak nafikan, sebagai remaja, saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya yang saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang sudah dibahagikan.

                Tetapi, satu ketika saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan saya. Saya secara keras menolak. Pelbagai alasan saya berikan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan mengganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.

                Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga berdoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat merasakan awak seolah-olah wujud bersama saya. Dimana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan awak. Saya tahu lelaki yang melamar saya itu bukan awak malah saya yakin pada gerak hati saya, yang mengatakan lelaki itu bukan awak.

                Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ini untuk berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi saya juga mempunyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya ke arah tuju yang satu.

                Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga yang akan mepertemukan kita kembali di syurga.

                Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa saya. Apa guna awak menimbun harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan awak lupa pada tanggungjawab awak kepada agama. Saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya.

ikhlas dari tulang rusuk kirimu...
srikandirabiatuladawiyah



Saturday 19 November 2011

PEMERGIAN


Bagai terdengar lagi suaramu,
Penuh kehangatan,
Dalam kepasrahan di wajahmu,
Dan senyuman mempersona,
Cukup menyeksa jiwaku,


Sama-sama kita berdua,
Berbicara mengenai episod kehidupan,
Ketawa dan bermesra itulah erti ikatan,


Tetapi,
Tanpa teman meluahkan bicara,
Sehingga aku diburu kesepian,
Dirimu telah pergi kini,
Meninggalkan aku sendiri,


Hari-hari terakhirmu,
Kau asyik berbicara tentang kematian,
Malangnya aku tidak mengerti,
Ku sangka itu gurauanmu,


Tetapi....aku silap,
Sebelum pertemuan itu berakhir,
Ku lihat dari sudut matamu,
Terpancar sinar kedukaan,
Seolah-olah sesuatu bakal menimpa mu,



Kini,
Barulah aku mengerti,
Segalanya bukan gurauan,
Kau hilang bersama senyumanmu,
Buat selama-lamanya...

srikandirabiatuladawiyah