CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Sunday 28 April 2013

UHIBBUKUMFILLAH, SAHABAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Jalinan yang dibina berteraskan keimanan akan mengukuhkan ukhuwah persahabatan. Ku hadiahkan lagu ini pada kalian. Jujur, bertahun lama tidak berjumpa kalian. Perasaan rindu dan sayang kerana Allah menapak di sarang hati. Kalian tidak melupakan aku bukan? Zaman 'hingusan' kita sudah berlalu, namun aku masih ingat potret kenangan yang sudah dibina.

Mari perbaharui jalinan dan persahabatan kita, semata-mata atas dasar keimanan. Tanda kita sayang dan cinta kerana Allah. Ukhuwah dibina atas dasar keimanan akan membuahkan rasa syukur dan saling terima apa adanya keadaan sahabat kita.

Maaf kerana gagal menjadi sahabat yang baik dan sempurna buat kalian. Aku ingin islahkan diri ku dan membawa sahabat-sahabat bersama menuju yang Satu. InsyaAllah. Doakan kita semua dapat capai impian itu! Allahu akbar. Bertemu berpisah kerana Allah.

(:

Biar jauh. Asal hati tertaut. [Aku cinta kamu kerana Allah]


ukhuwahfillahabadanabada- nikiffahnajihah

Sunday 14 April 2013

MY DAD IS MY HERO

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


I would ride on your shoulders
And look out on the world
Pretending I was big and tall like you
When you were there to hold me
I never was afraid
You made me feel there’s nothing I can’t do

As I kept on growing
We often disagreed
But you let me find myself in my own way
And it’s funny, how just lately
I've come to recognize
How wise you are becoming every day
There’s so much you've given me
I hope I've made you proud
You’re everything a Dad should be
And it’s time to tell you now

You’re my hero
You didn't have to say a word
Your love was the message that I heard
Inspiring me to be all I can be
You’re my hero
And ‘cause you’re my Dad…
I’m twice as blessed and lucky to be me.


WAJAH WANITA BUKAN AURAT, KENAPA PERLU TUTUP?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ada yang bertanya. Wajah wanita bukanlah aurat. Mengapa perlu ditutup? 

Well, the answer is apabila ia mengundang fitnah. Tutuplah. Tapi, bagaimana wajah boleh menjadi aurat? Apabila kecantikan parasmu menjadi khayalan ramai jejaka. Apabila keayuan wajahmu menjadikan jejaka memujamu. Maka disitulah kamu kena BERNIQAB. 

Ingat wahai sekaum denganku. Tidak perlu mendedahkan aurat bagi menaikkan syahwat lelaki. Bahkan perlu menutup semuanya kerana hanya dengan satu senyuman sahaja hati lelaki akan terpikat. Jadi waspadalah wahai wanita. Jadikanlah kamu seindah perhiasan dunia. Ya. Wanita solehah.

ANDAI HARI INI AKU PERGI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Hari ini aku mati,
Perlahan...
Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah-langkah terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yang tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sahabat atau orang lain.
Aku bukan sesiapa lagi bagi mereka...

Sanak saudara menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Di sini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
Taubat tak lagi diterima,
Dan maaf pun tak bakal didengar,
Aku benar-benar harus sendiri...


Ya Allah...
Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMu,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yang selama ini telah merasakan dizalimi olehku,
Yang selama ini sengsara kerana aku,
Sakit kerana aku.

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yang telah kukumpulkan,
Yang bahkan ku makan,
Ya Allah beri lagi aku beberapa hari milikMu,
Untuk berbakti kepada Ayah dan Ibu tercinta...

Teringat kata-kata kasar dan keras yang menyakitkan hati mereka,
Maafkan aku Ayah dan Ibu,
mengapa tak kusedari betapa besar kasih sayangmu,

Ya Allah, berikan aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku,
Menyenangkan saudara-saudaraku..
Untuk sungguh-sungguh beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapanMu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yang pernah kuraih dulu,
Tidak ada ertinya sama sekali...

Mengapa kusia-siakan waktu hidup yang hanya sekali itu?
Andai ku bisa putar kembali waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini,
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan,
Dan ketika semua menjadi terlambat,
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yang tak terbayangkan 
sampai yaumul hisab dan dikumpulkan di Padang Mahsyar...

Allahurabbi.



Saturday 13 April 2013

TAZKIRAH PENDEK BUAT NIQABIS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Sedikit tazkirah buat muslimah yang berminat memakai niqab atau yang sedang memakai niqab : 

Walaupun adanya wajah yang berseri di sebalik niqab, namun kita perlu IKHLAS dalam memakainya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana mahu wajah bertambah cantik berseri dan sebagainya. Wajah yang berseri hakikatnya datang dari hati yang bersih dari mazmumah dan mengisinya dengan mahmudah. Ditambah pula dengan zikrullah yang tidak putus-putus.

Ia boleh dimiliki oleh muslimah yang tidak berpurdah sekalipun jika mereka membersihkan hati mereka.

Juga kepada lelaki yang menyucikan hati mereka. Muslimah berpurdah pula jika kurang menjaga kesucian hati, ia tetap memberi warna yang tidak baik pada peribadinya.

Wallahu'alam.

Mawar Berduri
Menuju Syurgawi
Mengharap Cinta Ilahi
Hingga ke akhir nanti.

InsyaAllah~

Monday 8 April 2013

PENANGAN MALAM ABPBH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Jadi malam tadi ada ABPBH siaran langsung di kaca tv. Biasalah, tiap-tiap event hiburan, mesti lepas tu ada banyak komen-komen orang.

Ana ini bukan la nak tunjuk pandai, tapi rasa ralat bila terbaca tulisan yang bukan-bukan.

Memang, elok kalau kita membenci maksiat. Itu tanda ada iman dalam hati. Tapi, dalam benci tu, janganlah keterlaluan hingga sanggup mengumpat dan memfitnah.

Ana ada terbaca di blog, facebook, twitter (setakat ini di tumblr tak nampak lagi) mengenai betapa bencinya orang-orang tertenntu kepada maksiat. Bagus tu, bagus. Tapi, ada unsur mengumpat dan dia ajak orang mengumpat sama, tu yang tak bagusnya.

Macam ni, kita duk kutuk artis-artis seksi. Kutuk muda-mudi yang duk melalak tak tentu hala, kutuk orang yang anjurkan 'event' tu kerana lagha. 

Persoalan terbesarnya, Islam ada anjurkan kita mengutuk? Mengumpat? Memfitnah? Kita disuruh membenci maksiat. Tapi tak perah disuruh mencaci. Bukankah muslim yang baik itu, adalah muslim yang baik kata-katanya? Berwaspadalah kamu daripada kata-kata yang kotor, kerana sesungguhnya Allah Taala tidak suka kepada kata-kata yang kotor dan perilaku yang cabul. 

Memang artis tu seksi. Memang penonton tu lagha. Tapi, cukuplah kita benci perlakuan mereka dan berdoa mereka diberi hidayah. Janganlah kita tulis pada status facebook : 

"Artis tak cukup kain. Tak ada duit nak beli baju la tu."
"Kesian penonton tu terjerit-jerit. Mak ayah depa tak ajar ke?"
"Seksi betul artis-artis Malaysia. Nampak bentuk badan, jarang, teruk betul. Ini lah orang yang menjatuhkan Islam."
"Entah-entah depa tu tak sembahyang. Yela, event start waktu Isya'. Habis event tengah, malam. Balik mesti letih, terus tidur."


Amboi, sesuka hati kita je cakap macam tu. Belum lagi yang melampau-lampau. Sudahlah kita umpat mereka, kita ajak orang-orang yang membaca status kita mengumpat sama-sama.

Ingatla, mereka yang seksi tu, yang lagha tu, dosa mereka. Urusan mereka sesama Tuhan. Tapi, dosa kita mengumpat orang ini, urusan kita bukan sesama Allah je, tapi sesama orang yang kita umpat. Di akhirat kelak mereka tunggu kita di padang mahsyar. Di dunia ni, dosa diorang dapat kat kita. Tak rasa bersalah ke? Tak rasa rugi ke?

Ada yang menegaskan, itu adalah cara untuk berdakwah. Wah! Di dalam dakwah memang perlu umpat keji ya? Tak boleh ke kita dakwah dengan orang, kita cakap, "Ingatlah kawan-kawan, Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat dan menjauhi perkara yang lagha. Moga kita sentiasa dipelihara dan dijaga oleh Allah. Marilah kita doakan kawan-kawan kita yang tak tutup aurat tu, diberi hidayah oleh Allah." Kenapa kita perlu berdakwah dengan cakap, "Oii, kawan-kawan, tengoklah semalam, betapa jahilnya artis-artis dan pemuda-pemudi kita. Dahlah tak tutup aurat, lagha pulak tu. Entah ada iman ke tidak. Jangan lah kita jadi macam mereka, leka dengan dunia, tak ingat akhirat." Amboi, kita ni beriman sangat ke nak tuduh orang kuran iman?

Ada juga yang bangga bila menghindari acara lagha sebegitu, tetapi dalam keadaan riak. Apabila orang tanya, "Tengok ABPBH semalam?" Cukuplah kita menjawab "Tak." Kalau orang tanya "Kenapa?" Jawablah "malas" atau "tak suka". Janganlah bila orang tanya, "Tengok ABPBH semalam?" kita jawab, "Tak, ada kuliah agama." Kemudian bila orang tanya "Oh, yeke? Kat mana?" Kita jawab "Hah! tulah kau, event maksiat ambil tahu. Majlis agama tak mahu ambil tahu." Bukankah dari situ boleh timbul riak? Malah kata-kata kita tu akan menyakitkan hati orang lain. Dah dapat dua dosa. Riak dan sakitkan hati orang. Kebaikan, Tak payah la disebut. Kalau kita dapat elak dari melihat majlis maksiat, cukuplah melafazkan alhamdulillah dalam hati. Tak perlu nak kecoh kat laman sosial, "Aku tak tengok majlis maksiat, aku join usrah je.." Untuk apa? Supaya orang puji kita? Bukankah itu riak?

Juga janganlah kita jadi lalat. Lalat apa sifatnya? Banyak tempat dia boleh hinggap. tapi dia hinggap tempat kotor, sampah, najis, bangkai. Dah tahu ada rancangan lagha, kenapa kita tengok jugak? Bukankah lebih elok kita tukar rencangan lain, yang ilmiah sikit. Ini tidak. Dah tahu ada rancangan sebegitu, kita tengok juga, dari awal sampai habis. Lepas tu kita kutuk. Siapa suruh tengok? Diri sendiri yang salah.

Entahlah. Zaman ini orang cuma tahu salahkan orang lain, tapi tak nampak salah sendiri. Jangan kerana kita baik, kita berjubah, kita berkopiah, kita rajin pergi usrah, kita nak rendahkan orang, kita nak umpat orang. Kita pun bukannya baik sangat, sebab kita belum diuji. Sampai masa, kita juga akan berhadapan dengan ujian yang menguji hati dan iman kita. Mereka itu orang-orang yang sedang diuji. Kita belum lagi. Jadi tolonglah kawan-kawan, jangan rendahkan orang lain.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar mengatakan : Kami telah beriman sedang mereka belum diuji?" [ Al-Ankabut : 2-3 ]

copy from sederhanaindah.tumblr.com

Sunday 7 April 2013

NIKMATNYA PERPISAHAN INSAN BER'COUPLE'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa 'clash' dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.."
"Pergh.. Terbaiklah! Alhamdulillah.."

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. Begitulah. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi, buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah 'saling-menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'azzawajalla telah berfirman : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Surah Al-Baqarah ayat 216]

"Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

Sahabat-sahabat semua. Marilah sama-sama kita renungkan. Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ber'couple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'surprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.


Kesimpulannya, serahkanlah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud a.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT. sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

"Ya Allah, Kurniakanlah aku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu dan apa sahaja yang membawa aku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh. Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu."






Saturday 6 April 2013

LIARS WHO SAY, "TIME IS LIFE"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


I’m sick, deadly sick,
why am I sick?
Because I’m surrounded with people who stink.
Do they stench like a skunk?
No. Worse than that,
they are merely a pile of junk.
Why do I detest people around me?
Because their words make me unhappy,
sad, and in the same time angry.
I hate the words they speak,
the actions they make,
everything about them are totally fake!
They like to say “Time is life” continuously,
sweet to be heard as if they are taking their words seriously,
but from their actions they are saying “Time is a lie” intentionally.
As a result the “Time is life,” I try not to hear,
to those who say this don’t come near,
or I’m gonna smack you right in the ear.
What is wrong with this notion?
I know that Imam Hassan Al-Banna (HAB) said this quotation,
so why do I hate so much without any hesitation?
Because the people who say this are LIARS,
LIARS who act as if they are pious,
but they are imposters who work righteous.
Imam HAB is not a liar to begin with,
he is a great man and not living in a myth,
not like other people who misused this gift.
Do not mess with time,
when you say something, do it in time,
make yourself rhyme with the rhythm of time.
Make sure that you are not a liar,
if you are one, ALLAH will make you suffer,
and grievously, HIS punishment is bitter