BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sedikit tazkirah buat muslimah yang berminat memakai niqab atau yang sedang memakai niqab :
Walaupun adanya wajah yang berseri di sebalik niqab, namun kita perlu IKHLAS dalam memakainya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana mahu wajah bertambah cantik berseri dan sebagainya. Wajah yang berseri hakikatnya datang dari hati yang bersih dari mazmumah dan mengisinya dengan mahmudah. Ditambah pula dengan zikrullah yang tidak putus-putus.
Ia boleh dimiliki oleh muslimah yang tidak berpurdah sekalipun jika mereka membersihkan hati mereka.
Juga kepada lelaki yang menyucikan hati mereka. Muslimah berpurdah pula jika kurang menjaga kesucian hati, ia tetap memberi warna yang tidak baik pada peribadinya.
Wallahu'alam.
Mawar Berduri
Menuju Syurgawi
Mengharap Cinta Ilahi
Hingga ke akhir nanti.
InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment