CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Wednesday 27 February 2013

CARA LETAK 'FLOATING' COMEL DALAM BLOG

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum, malam ini ana nak tunjuk satu tutorial untuk letak 'floating' yang comel dalam blog. Sangat mudah. Bila kita ada ilmu, sedikit sebanyak kita kena kongsi pada semua. Kalau nak cuba, cubalah. Ana sudi berkongsi dengan 'blogger' sekalian. 




Haa. Kalau nak, macam ini caranya. 
*psst, silakan mencuba! Chaiyok!!!

Step 1 : Mula-mula Klik > Dashboard > Design > Page Elements > Add Gadget >              Html/Javasript

Step 2 : Lepas tu 'copy' code kat bawah ni dan 'paste' dalam Html/javascript & save! 

 <style type='text/css'>a.linkopacity img {filter:alpha(opacity=50);-moz-opacity: 0.5;opacity: 0.5;-khtml-opacity: 0.5;}
a.linkopacity:hover img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;-khtml-opacity: 1.0; }</style>
<div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; right:-12px;'>
<a class='linkopacity' href= " http://www.facebook.com/srikandiadawiyah " imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src=" http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_1.gif?t=1323673476 " /></a><br />
<a class='linkopacity' href=" http://srikandi-adawiyah.blogspot.com/"   imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src=" http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_2.gif?t=1323673476 " /></a><br /></div>
___________________________________________________________

Okey. warna merah jambu, biru dan merah ini untuk anda semua buat rujukan. Biar memudahkan anda semua ^^

*warna merah jambu : Anda boleh tukar 'item' yang berwarna merah jambu ini mengikut kesesuaian blog. Right boleh ditukar menjadi Left. Number 200 px itu boleh juga ditukar. 
*warna biru : Anda letak url gambar yang anda pilih.
*warna merah : Anda tukarkan dengan 'link' yang anda mahu. Kalau ana, ana letak 'link' facebook dan blog ana. 

*psst! Cuba anda tengok blog ana, di sebelah kanan anda. Nampak tak? 
~ COMEL! ~


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/buton/th_3-1-2.png?t=1323760399


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/buton/th_7-1.png?t=1323760145


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/buton/th_7.png?t=1323763298


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/buton/th_5.png?t=1323763298


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/buton/th_6.png?t=1323763299


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_8.gif?t=1323673481


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_7.gif?t=1323673479


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_6.gif?t=1323673479


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_4.gif?t=1323673478


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_5.gif?t=1323673479


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_3.gif?t=1323673476


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_2.gif?t=1323673476


http://i1105.photobucket.com/albums/h346/ayusleeping11/cuteface/th_1.gif?t=1323673476




Monday 25 February 2013

LELAKI, AKU MENGHARAPKANMU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini, 
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda utih membela,
Al-Mu'tasim kebanggan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu, 
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu, 
Lelaki menggadai harta dan nyawa, 
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu, 
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati dibunuh.
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu, 
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.
Kini, 
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu, 
Acuan Madrasah Rasul.


Harapan dari  mawar berduri buat syabab agama.

Wednesday 20 February 2013

DETIK TERAKHIR SITI HAJAR AHMAD SABIR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah swt. Blog akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar bt. Ahmad Sabir. Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
______________________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar, Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma untuk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 petang pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah dibetulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013 (Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat-ayat suci dan syifa'. Dia tenang je. Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan-kawan yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar 'kami' tu pun dah cukup. Langung tak tunjuk air mata pada dia. Kami usap tangannya,  usap pipi dan dahi berkali-kali dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak. Tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25 dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum. Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati,, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah-buahan. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas muka bumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis air mata sahabat-sahabat melihat dia telah makan. Berebut-rebut mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita-cerita lucu mereka. Solat hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya. UTEM sendiri menganjurkan solat hajat di masjid melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan luar biasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti-henti masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman-kuman yang datang menyerang. Hasilnya, kedua-dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat-sahabat amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar dikeluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambaNya yang petuh, dia redha dengan apa saja Qada dan QadarNya. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat Tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui Dia itulah Tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala-galanya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa-apa. Dan sentiasa meminta-minta dariNya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati, yang Dia mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik air mata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
"Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?"
saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
"Orang azan kot." tingkah saya
Dia jawab, "Mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. Orang tu sebut subhanallah berkali-kali. Akak dengar, cuba tengok jam, bukan masa azan akan?" akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, "Selalu ke akak dengar?"
"Selalu jugak, entah siapa lah yang jerit tu agaknya.." jawabnya naif.

14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang, Hajar demam. Batuk-batuk kecil. Menjelang Maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat, Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiub dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat-ayat suci dan zikir. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak tercungap-cungap lagi. Keletihan yang teramat sangat. Tetapi bersyukur terselamat dari situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba-tiba dia sendawa berkali-kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yang tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dengan selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sangat sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak-anak yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab, "Ayah percaya Allah tak?"
Jawab suami, "Percaya"
Tambah Hajar lagi, "Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah.. Allah ada jaga akak kat sini."
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "Kenapa senyum?"
Dia jawab. "Ada bau wangi sangat."
"Selalu ke akak terbau macam tu?"
Jawabnya, "Kadang-kadang aje, kadang-kadang masa nurse datang, kadang-kadang waktu sahabat ziarah."
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yang sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa) 
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah-buahan. Rakan-rakan pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang. Tetiba ada saja tetamu yang bawakkan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget. masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, "Kalau ada bantal kecil, boleh letak kat leher." Lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit, perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. "Akak, ingat ye, ubat ini alat je, Allah yang menyembuhkan." Dia angguk. Ubat disudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya. "Air apa tadi?" "Ehh, air zam zam lah, mana ada bagi air lain. "Dia senyum lagi. Saya tertanya-tanya. Dia kata, "Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak. Esok mak cubalah." Macam mana ni, nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zamzam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan-rakan yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya mudah benar untuk Allah tunaikan. Ada saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. "Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah. Tangan doktor tu besar, kematu, tak sensitif. Tangan akak kecil, sakit tau ditampar-tampar tangan akak, dicubit-cubit. Dah tak jumpa urat darah tu, tak payahlah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi." Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macam mana? Mana boleh pilih-pilih doktor. Tapi Allah maha Mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat Subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak-gerak. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang. Dia betul-betul muntah. Berlambak-lambak muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zamzam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan. Lagi, lagi dan lagi. "Akak taknak pelawat hari ini." Dan tengahari itu, memang tak ada pelawat yang datang.

Menjelang Maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, "Nanti siapa tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah." Dia jawab, "Allah ada, Allah boleh bantu akak." Terkedu. Saya pun tinggalkan dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yang terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, "Haa, kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yang sedang rawat makcik kat sebelah tu nampak akak muntah dan dia datang bantu."

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami hanya menadahkan kain menahan muntah Hajar. Muntah, minum lagi dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. "Akak, nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata "Akak, kalau dipanjangkan usia, ayah akan belikan komputer yang lebih ringan untuk akak, sesuai dengan kemampuan akak menggunakannya. Tapi, kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi. "Akak, bila dajjal keluar nanti, orang-orang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah akan cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, akak zikirlah ya." Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata "Kalau mak dan ayah dah redha, takda sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau macam mana pun rupa akak waktu itu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang ramai tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ya, biar tak lupa. Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak."

Untuk adik-adiknya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan-rakan, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik-adik dipujuk agar pakai jubah-jubah dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yang tertinggal sepanjang dia berada di hospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tnaya lagi. "Susah ke rasanya nak muntah tu tadi?" Jawabnya, "Taklah, senang je, Allah tolong." "Tolong macam mane?" tambahnya, "Dah badan akak tak boleh keluarkan air-air kotor tu dengan cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je." MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah betindak mengikut sangkaan hamba terhadapNya. Jika kita sentiasa yakin Allah menolong kita, maka allah akan tolong.

Keputusan x-ray menunjukkan perut dan usus besar dan membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan. Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tnjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1 liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zamzam ke mulutnya dari semasa ke semasa.
"Akak, jangan bimbang. Kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya. Mak bagi air zamzam ni haya untuk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak."
Dalam keletihan dia menjawab, "Beratnya dugaan Allah ni mak." "Memanglah, kan syurga Allah itu mahal harganya. Sabar ya. Nabi Ayyub dulu pun diuji dengan berat." Dia angguk. Doktor pasang drip. Dalam hati, saya tak putus-putus membacakan ayat-ayat suci dan selawat untuk menolong dia melalui kesukaran itu.

Menjelang Asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit-sakit. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang ke luar tingkap. Saya tnaya nak tengok apa? Katnaya, "Nak tengok Allah." Saya terkedu lagi. ktanya, "Allah marah sebab tak dakwah sungguh-sungguh. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang." Saya jawab, "Mintalah ampun dan banyakkan beristighfar pada Allah. hajar angguk. Tak lama lepas itu, dia kata matnaya dah mulai kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah-menga dia kata, "Mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan."
"Ya, mak izinkan. Mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat untuk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu Maghrib itu, kami berkejar-kejaran tolak katil Hajar ke ICU Okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan kali terakhir untuk dia berkata-kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun-bangun lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan Zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu, dua, tiga, empat,.....) saya nampak prosedur tu di luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk. CPR dilakukan di dada, betul-betul di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia dapat diselamatkan sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru saja lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yang bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin itu terasa macam gimik.

19 Jan 2013 (Sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tebukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan untuk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tebukan dilakukan di perut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi dah rosak dan perlukan dialisis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ-organ yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialisis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti dan boleh berhenti lagi semasa dialisis. Darahnya terlalu cair, dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi, apa yang boleh kami buat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama selepas itu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar-benar bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK. Kami tnaya lagi adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya, TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan prosedur CPR dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati-hati. "Kalau itu keputusan puan, puan sedarkah akibatnya nanti?" Saya jawab, "Ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan." Doktor menjawab. "Itu tak boleh, menyalahi etika. Itu seperti membunuh pesakit. Kami tidak boleh membunuh pesakit, tapi kalau puan tak mahu lakukan semua yang kami cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri."

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus-putus diziarahi oleh sahabat-sahabat yang mengenali dan bersimpati. Masing-masing ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir.

20 Jan 2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dalam doa masing-masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami. Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratul dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, Tuhanmu yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya. Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMu Ya Allah. Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMu yang Maha Agung. Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar. Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai universiti dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengebumikan arwah. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang (tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan-insan yang jujur menyayanginya.

** Perjalanan seorang mujahidah ini sebagai pendakwah. Sentiasa bersangka baik dan mengharap redha Allah dan kedua ibubapa semata-mata. Al-fatihah buat arwah yang sudah sebulan menghadap Ilahi serta doa agar ditempatkan di kalangan hamba yang soleh dan kelak berada di Jannatul Firdausi. InsyaAllah. **

Friday 15 February 2013

RAHIM WANITA HANYA ADA SATU, TOLONG JAGA IA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Rahim hanya ada SATU. Tiada ganti lagi. Jagalah ia sebaiknya.


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada sesiapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada sesiapa memahami sakit bersalin, kecuali wanita.

Walaupun dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu ana, adakah pengalaman-pengalaman yang kami lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu-satu pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.


Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh senyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat.

Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim kita hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.


Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim kita sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk kita. Berpantanglah.

Untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu-ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang-kurangnya adalah sedikit perasaan kasihan. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak kaki si pemilik rahim!


ORANG YANG MENANGGUNG DOSA KERANA WANITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum...


Siapa yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi dia turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

"Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kau pun!"

Sebenarnya dia silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah: 

1) Suaminya.
2) Ayahnya.
3) Saudara lelakinya.
4) Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu 'bertanggungjawab', belum termasuk orang-orang lain yang 'terlibat'. Di bawah ini ana senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita :

: : Sahabat : :
- Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

- Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

1) Tegur dengan tangan jika terdaya.
2) Tegur dengan mulut jika terdaya.
3) Benci di dalam hati. Ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur, kita sekurang-kurangnya
 perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?


: : Orang yang melihat : : 
- Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

: : Jurufoto : :
- Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

: : Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya : :
-Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

: : Penjual/ Penyebar : : 
-Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam 'facebook', 'Twitter', 'Friendster', dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.


: : Pembeli/ Pembaca : :
- Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka ingin merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Na'uzubillah...

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat...


Wednesday 13 February 2013

MAK AYAH, SAYA NAK KAHWIN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Mak ayah, saya nak kahwin.
Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin,
kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki.
Perkahwinan atas nama Islam,
pasti akan diredhai Allah.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Janganlah dihalang keinginannya,
kerana Allah sudah berjanji, 
barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.


Mak ayah, saya nak kahwin.
Jangan sesekali risau pasal pelajaran,
kerana ia takkan pernah berhenti.
Hatta, sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya.
Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah
selepas berkahwin.


Mak ayah, saya nak kahwin.
Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak,
Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah.
Lagipun, anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Berkahwin itu menghalang maksiat.
Daripada dia melihat perempuan di sana sini,
Lebih baik dia melihat isterinya saja, dapat pahala lagi.


Mak ayah, saya nak kahwin.
Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat,
Bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan.
Kerja juga menjadi lebih produktif.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab.
Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan
mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya.
Jika  dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi
pemimpin kepada isterinya pula.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu.
Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang
lebih soleh/solehah.


Mak ayah, saya nak kahwin,
Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan.
Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula,
Bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja.
Namun, kiranya tidak dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati.
Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.


Mak ayah, saya nak kahwin.
Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu,
Maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya.
InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati.
Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik.
Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak ayah, saya nak kahwin.
Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati.
Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak ayah, alangkah bagusnya.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, 
aamiin~


Saturday 2 February 2013

MENANGISLAH WAHAI MATA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu.

Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan.

Mata, 
kau banyak berjasa padaku,
Titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
Menemani aku di saat kesedihan, kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
Ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
Terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
Sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir menggugat keimananku.


Mata,
Aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
Maafkan aku mata,
Aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
Tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata,
Seandainya diri ini masih memerlukanmu,
Selagi rasa syahdu terus meratapi,
Selagi Allah meminjamkan padaku,
Selagi aku masih hidup di muka bumi ini.