CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Thursday 24 November 2011

CORETAN DARI TULANG RUSUK KIRIMU

 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

                Saya tidak faham kenapa perasaan ini muncul dalam diri saya. Saya juga tidak mengerti kenapa ia utuh bersemadi dalam hati saya. Malam yang sunyi ini, entah angina pa yang membuai malam ini, membuatkan saya begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk awak yang tidak pernah saya kenali.

                Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri saya kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya dikhususkan untuk awak sebelum tiba masanya. Ia menuntut sesuatu yang saya perlu jaga dengan rapi selama ini semata-mata untuk awak. Itulah hati dan cinta saya.

                Semenjak kecil, saya dididik supaya menjaga maruah diri, kerana Allah meletakkannya hanya untuk diri awak suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa kepada anak perempuan adalah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, awak sudah wujud dalam diri saya sejak dulu lagi.

                Sepanjang umur saya ini, saya menutup pintu hati ini daripada mana-mana lelaki kerana saya tidak mahu membelakangi awak. Saya menghalang diri daripada mengenali mana-mana lelaki apatah lagi memahami mereka, kerana saya tidak mahu mengenali dan memahami lelaki lain selain diri awak.

                Kerana itulah saya sedaya upaya membatasi pergaulan saya dengan bukan mahram saya. Saya lebih suka berada di rumah daripada menghabiskan masa di luar, kerana ustazah pernah berpesan, rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Saya sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah saya bersangka buruk kepada mereka, tetapi lebih baik saya berjaga-jaga

                Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, saya akan buat expressionless face dan cool. Saya akan palingkan wajah daripada lelaki yang asyik merenung saya ataupun cuba menegur saya. Saya seboleh-bolehnya akan melarikan pandangan daripada lelaki kerana pesan Saiyidatina ‘Aisyah R.A, “ sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang,” saya tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah saya hanya cantik di mata awak. Apa guna saya menjadi idaman ramai lelaki sedangkan saya hanya boleh menjadi milik awak seorang. Saya tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki, bahkan saya berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah saya ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

                Saya juga tidak mahu menjadi punca kegagalan seseorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat saya berikan. Bagaimana akan saya jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbangan saya pada manusia selama hidup di muka bumi?

                Jika saya tidak mahu awak memandang perempuan lain, saya terlebih dahulu yang perlu menundukkan pandangan saya. Saya perlu memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi saya, kerana itulah yang dituntut Allah. Jika saya inginkan lelaki yang baik menjadi suami saya, saya juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik.
                Saya tidak nafikan, sebagai remaja, saya memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah saya mengingatkan diri saya yang saya perlu menjaga perasaan itu kerana ia adalah milik awak. Allah sudah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami saya untuk menerima hati dan perasaan saya yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang sudah dibahagikan.

                Tetapi, satu ketika saya diuji oleh Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan saya. Saya secara keras menolak. Pelbagai alasan saya berikan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan mengganggu saya. Saya berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidup saya yang ceria selama ini sudah dirampas daripada saya.

                Saya beristighfar memohon keampunan Ilahi. Saya juga berdoa supaya Allah melindungi diri saya daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan saya banyak memikirkan awak. Saya dapat merasakan awak seolah-olah wujud bersama saya. Dimana sahaja saya berada, akal sedar saya membuat perhitungan dengan awak. Saya tahu lelaki yang melamar saya itu bukan awak malah saya yakin pada gerak hati saya, yang mengatakan lelaki itu bukan awak.

                Saya bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ini untuk berlian sedangkan saya hanya sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi saya juga mempunyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin saya ke arah tuju yang satu.

                Awak tidak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatkan saya terpikat. Andainya awak adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Moga cinta itu juga yang akan mepertemukan kita kembali di syurga.

                Saya juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang diberikan oleh ibu bapa saya. Apa guna awak menimbun harta untuk kemudahan saya sekiranya harta itu membuatkan awak lupa pada tanggungjawab awak kepada agama. Saya tidak akan sekali-kali bahagia melihat awak sebegitu rupa. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi saya.

ikhlas dari tulang rusuk kirimu...
srikandirabiatuladawiyah



Saturday 19 November 2011

PEMERGIAN


Bagai terdengar lagi suaramu,
Penuh kehangatan,
Dalam kepasrahan di wajahmu,
Dan senyuman mempersona,
Cukup menyeksa jiwaku,


Sama-sama kita berdua,
Berbicara mengenai episod kehidupan,
Ketawa dan bermesra itulah erti ikatan,


Tetapi,
Tanpa teman meluahkan bicara,
Sehingga aku diburu kesepian,
Dirimu telah pergi kini,
Meninggalkan aku sendiri,


Hari-hari terakhirmu,
Kau asyik berbicara tentang kematian,
Malangnya aku tidak mengerti,
Ku sangka itu gurauanmu,


Tetapi....aku silap,
Sebelum pertemuan itu berakhir,
Ku lihat dari sudut matamu,
Terpancar sinar kedukaan,
Seolah-olah sesuatu bakal menimpa mu,



Kini,
Barulah aku mengerti,
Segalanya bukan gurauan,
Kau hilang bersama senyumanmu,
Buat selama-lamanya...

srikandirabiatuladawiyah

MAAFKAN SAYA


                Assalamualaikum. Awak apa khabar dekat sana? Saya dekat sini rindu sangat dekat awk. Awak, tiba-tiba pula saya rasa nak cerita balik apa yang kita dah lalui dulu. Kita selalu bersama. Waktu awak tak ada duit, saya belanja awak. Waktu saya tak ada duit, awak pula belanja saya. Saya rindu sangat waktu tu. Hehe.

                Bosan apabila awak tak ada dekat dengan saya. Saya rasa macam nak nangis pun ada. Awak, awak ingat lagi tak masa kita sama-sama pergi kilang coklat. Ala, yang ikut rombongan persatuan tu. Best kan. Tapi, waktu tu awak sakit kan. Kesian kat awak. Haa! Saya ingat lagi waktu tu awak nak saya belanja awak coklat. Tapi saya kata yang saya tak ada duit, jadi tak boleh belanja awak. Rupa-rupanya awak bergurau je nak minta coklat tu, malah awak yg bg coklat kat saya. Hehe, seronoknya.

                Pada bulan tujuh dan bulan-bulan seterusnya awak selalu tak datang sekolah. Apabila saya tanya ‘kenapa’, awak senyum je. Hehe. Tak pernah bagitahu saya kenapa awak selalu tak datang sekolah. Tapi takpelah, takkan saya nak paksa awak kan.

                Saya baru teringat yang awak pernah minta tolong saya ajar Bahasa Arab, tapi saya kata nantilah kita belajar, saya nak baca novel sekejap. Sampai habis waktu sekolah pun saya tetap ta ajar awak lagi. Akhirnya awak cakap, takpelah lain kali kita belajar. Saya pun ok jelah.

                Bulan 10, awak dah macam taknak kawan dengan saya. Saya ‘message’, awak tak balas. Saya ‘call’ awak, awak tak angkat. Saya tegur awak dekat sekolah, awak tak layan. Saya tanya, apa saya dah buat pada awak. Awak kata, saya tak ada buat apa-apa yang menyakitkan hati awak. Cuma awak kata yang awak nak tenangkan diri. Hmm, saya pun tak adalah nak kacau awak, takut awak marah.

                Lepas 2 minggu, hari tu hari Sabtu, saya nak pergi rumah awak. Saya dah tekad, yang saya takkan biar awak halang saya untuk jumpa awak lagi. Saya dah lama tak jumpa awak, jadi saya nak ulang kaji dengan awak hari Sabtu tu.

                Apabila saya tiba dekat rumah awak, saya tengok abang awak ada dekat halaman tengah berjalan ke hulu ke hilir. Saya pun tanya, mana awak. Lepas tu dia diam. Saya pun lagilah pelik. Kemudian, dia bawa saya masuk rumah awak. Saya tengok ramai orang dan saya yakin yang semua orang yang ada dekat situ, keluarga awak. Yang peliknya, ramai menangis. Saya nak Tanya, seganlah pulak. Takut saya ni pergi rumah awak dan mengganggu keluarga besar awak tu.

                Apabila saya ke ruang hadapan, saya tengok ada seseorang yang baring di tengah-tengah orag ramai. Saya terkejut kerana ada salah seorang keluarga awak meninggal dunia pada hari itu. Saya pun duduk sebelah jenazah tu, hati saya rasa nak tahu sangat, mana awak dan siapa yang meninggal tu. Yelah, saya tak nampak awak pun dekat rumah tu. Saya pelik lah. Tapi saya biarkan dulu pertanyaan saya tu.

                Saya ternampak adik awak lalu. Saya pun panggil adik awak dan saya Tanya mana awak. Tak nampak pun. Tiba-tiba adik awak nangis dan masuk ke bilik. Hmm, saya fikir mungkin tak elok untuk tanya mana awak pada waktu-waktu sekarang. Lepas tu mak awak datang, saya pun bersalaman dengan mak awak, kemudian mak awak terus peluk saya dengan kuat. Saya kata sabar makcik, insyaAllah dia pergi dengan tenang. Lepas tu mak awak lepaskan pelukan dan duduk di sebelah saya. Mak awak kata pada saya, jenazah yang meninggal tu anak yang sangat baik. Saya pun mengangguk dan terus bertanya pada mak awak, maknanya yang meninggal ni anak makcik? Waktu tu saya dah mula rasa tak sedap hati. Mak awak kata saya ni tak tengok lgi lah ni rupa jenazah. Saya pun anggukkan kepala. Apabila mak awak buka je kain yang tutup kepala jenazah tu, saya terpana dan tak berkata apa-apa. Saya hanya merenung dan terus merenung pada jenazah tu.

                Air mata saya mengalir deras sambil memandang pada jenazah. Saya tak sangka, macam mana benda ni terjadi. Kenapa saya tak tahu? Patutla selama ini awak tak layan saya, awak tak ‘reply’ mesej saya dan awak tak angkat kalau saya ‘call’. Rupanya awak nak pergi tinggalkan saya dan awak nak saya boleh terima dengan pemergian awak. Saya rasa sedih sangat, sebab saya tak perasan apa yang terjadi pada awak. Saya terus peluk awak, saya tanya kenapa awak tinggalkan saya, saya jahat sebab saya tak hargai waktu awak ada bersama dengan saya. Saya marah dengan diri saya sendiri.

                Lepas selesai kebumikan awak, mak awak bagi saya sepucuk surat daripada awak. Masa yang tertulis pada surat tu ialah pada jam 12.42 a.m pada tarikh 25 haribulan iaitu pada pagi tadi. Saya baca surat awak di hadapan mak awak dan adik awak. Surat awak bertulis begini:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum sayangku...

Pertama sekali saya ingin memohon maaf pada awak kerana buat awak macam ni. Saya Cuma taknak awak sedih waktu saya takda nanti. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada awak kerana sudi jadi sahabat baik saya dan sudi dengar segala luahan hati saya dan mengambil berat apa yang terjadi pada saya. Saya terpaksa merahsiakan perkara ini (penyakit yang saya alami). Sebenarnya saya ada penyakit barah otak. Maaf sekali lagi tau.
Kedua, saya nak awak tolong jangan menangis atas pemergian saya. Saya taknak awak sedih, saya cuma harapkan yang awak doakan saya supaya tenang di sana. Saya mohon pada awak. sampaikan salam (selamat tinggal) saya kepada sahabat2 yang lain, guru2 dan seterusnya kepada keluarga awak. Minta halalkan segala makanan, minuman, ilmu dan doa yang diberi kepada saya.
Ketiga, saya nak awak janji dengan saya yang awak akan jadi seorang muslimah, mukminah dan muslihah. Taat pada perintah Allah dan Rasul serta ibubapa awak. buat ibubapa awak bangga dengan awak. Lagi satu, jangan rasa putus asa dan mengalah dengan apa yang awak buat (kalau saya tak ada, Allah ada dengan awak). Jaga ikhtilat, jaga hati semua orang. Sebab lepas awak baca surat ni saya dah takda dah pun dengan awak. Saya dah ta ada kat dunia ni dah. insyaAllah, saya sayang sangat2 pada awak. Jangan lupakan saya tau. Oklah, saya pergi dulu ea (saya pergi selamanya). Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-00.42 a.m @ 25/10/11-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                Sesudah saya baca surat awak, saya terus peluk mak awak sambil menangis tanpa henti dan saya kembali semula ke kubur awak. Saya sayangkan awak sangat-sangat dan saya rindu awak. Saya tahu awak seorang muslimah sejati, insyaAllah. Terima kasih Allah, kerana pertemukan aku dan dia serta memisahkan kami dengan kematian yang pasti. Bertemu dan berpisah kami hanya untuk-Mu, Ya Allah.