CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Saturday 12 November 2011

CINTA ABADI


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Ya Allah,
Jika aku TERLEKA sejenak,
Bantulah aku mengemudi kapalku ke jalanMu,
Izinkanku melabuhkan sauh di pelabuhan cintaMu,

Ya Allah,
Jika aku TERLUPA akan diriMu,
Bantulah aku menemui KAU semula,


Ya Allah,
Jika aku TERLALAI dengan godaan duniawi,
Bantulah aku meningati betapa indahnya AL-JANNAH,
Yang menjadi idaman hambaMU yang hina ini,

Ya Allah,
Jika aku JAUH dari Mu,
Bantulah aku mengapai NUR yang hilang itu,
Supaya aku berada di bawah payung rahmatMu,


Ya Allah,
Jika aku BERDOSA terhadapMu,
Bantulah aku untuk mengenal semula erti CINTA terhadapMu,
Kerana cintaMu abadi dan agung,

Ya Allah,
Jika aku BERSEDIH kerana takdirMu,
Tabahkan hatiku dengan penuh rasa ketaqwaan dalam menempuhi ranjau kehidupan yang penuh dengan onak dan duri,
Supaya aku tahu KAU tetap setia berada di sisiku,


Ya Allah,
Jika aku INGKAR terhadap perintahMu,
Bantulah aku untuk beribadah dengan penuh rasa sayu dan insaf,
Kerana rasa dosa membayangi di setiap langkah perjalanan hidupku,

Ya Allah,
Aku terlalu takut untuk berJAUHAN denganMu,
Terlalu gentar dengan azab siksaMu,
Terlalu gerun dengan kebesaranMu,

 DemiMu Ya Allah,
Bantulah aku supaya berada di jalan yang BENAR,
Untuk menjadi insan yang SOLEH dan SOLEHAH di sisiMu,
Dan menemani KEKASIHMU, Nabi Muhammad S.A.W di syurga nanti,

Nantikan daku di pintu Syurga, wahai MUHAMMAD S.A.W

 SrikandiRabiatulAdawiyah-

No comments:

Post a Comment