Betapa jijiknya bila ku kenang,
Pelajar sepertiku tunduk pada debu putih itu,
Bergelimpangan di lorong-lorong sepi,
Sambil menguntum senyuman,
Pada yang menghina, mengeji, dan mencaci,
Ya Tuhanku,
Betapa seksa ku rasakan,
Menanti tali maut menjerut leherku,
Tapi ku tahu azabnya tidak terbanding,
Apabila api neraka jahannam,
Melihat tubuhku,
Di dalam baqa’ kelak,
Ibu, 
Halalkan setitis air susumu,
Yang telah banyak mengalir dalam jasadku,
Maafkan anakmu ini kerana tidak sempat,
Membalas pengorbananmu melahirkan aku ke dunia ini,
Ampunilah dosa-dosa ku,
Walau ku tahu ku tak layak memasuki syurga idaman,
Esok,
Selepas fajar siddiq melabuhkan tirainya,
Akan terpisahlah jasad dan tubuhku,
Aku kan pergi buat selamanya,
Bersama kekesalan ini,
Ya Allah,
Izinkan aku sujud dengan penuh kekesalan padamu,
Kaulah Tuhanku,
Kaulah maha pengasih,
Kaulah maha penyayang,
Dan kau jualah maha pengampun, 
Terimalah taubat hambamu ini.
Hasil nukilan:



















No comments:
Post a Comment