CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
islam 4 all

Saturday 19 October 2013

BERBAITUL MUSLIM, SIAPA TAK INGIN?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Mereka bilang aku tak berusaha.

Bagi aku biarlah aku diamkan sahaja. Tidak perlu aku canangkan satu dunia yang aku ini telah berusaha atau tidak. Allah itu Maha tahu tentang aku. Usaha itu kadang-kadang tidak perlu dipertontonkan hatta diwar-warkan pada umum.

Mereka tohmah aku ini terlalu memmilih.

Hmm. Jawab aku. Ya! Memang perlu jadi pemilih seperti mana kita menjadi pemilih pucuk pimpinan ketika PRU13.. Eh.. :) . Kita memang kena memilih. Kita nak yang terbaik. Aku tak nak tersalah pilih train. Kalau tersalah pilih, pasti akan ambil masa untuk berpatah balik sampai ke destinasi yang betul. Begitulah dalam memilih pasangan. Tak begitu? Aku tak gopoh. Aku rilek. Aku cool. Kenapa? Sebab aku tahu Dia telah reservekan seseorang untuk temani aku di sini. Masa itu akan tiba. Aku yakin itu.

Mereka bilang aku inginkan pasangan yang handsome sahaja.

Geleng kepala. Mereka sering membuat telahan dan andaian seolah mereka itu ahli nujum pak belalang yang serba serbi tahu. Mungkin jua paparazzi or mummyrazzi.


Jawab aku. Bukan rupa yang aku agungkan. Ya aku akui inginkan yang handsome. Aku tak nafikan. Tapi, handsome akhlak. Handsome agama. Peribadinya. InsyaAllah jika itu semua handsome. Wajah yang tak handsome pun pasti akan kelihatan handsome. Tak begitu kalian?

Aku tak dambakan yang begitu soleh kerana aku tahu aku belum capai tahap solehah dan masih jauh untuk perolehi status begitu. Cukup yang sama-sama ingin belajar perbaiki diri, sama-sama mengejar redha Allah semata. Manusia itu tak sempurna. Siapapun orangnya yang Allah bagi, aku terima, aku redha.

Aku mohon mereka-mereka itu faham dan tidak terus mendesak diri aku.

Siapa yang taknak berbaitul muslim? Opkos aku ingin. Tapi, masih belum ketemu. Ini tarbiyah untuk aku belajar bersabar dengan sebaik-baik sabar.

Senyum.


xoxo I

No comments:

Post a Comment